Pages

My baby bump already...

Lilypie Pregnancy tickers

Friday 24 September 2010

Surat untuk awak

Kehadapan awak yang sentiasa dirindui,

Hai..ini surat virtual pertama daripada saya buat awak merangkap entry pertama saya tujukan kepada pembaca blog AhEytron ini.

Tujuan saya menaip surat ini buat tatapan awak bertujuan untuk meluahkan isi hati saya yang terpendam kepada awak.

Awak,

Selamat malam. Sewaktu saya menaip surat ini, kita baru saja menamatkan perbualan di telefon. Awak mengantuk dan mahu tidur. Saya pula demi menghormati keputusan awak, saya rela berkata mahu tidur, padahal mata masih segar bugar dan sedikit rasa mengantuk pun tiada. Okla fine, awak anggap sajelah saya tidur olok-olok ya, bukan orok-orok tau awak,orok-orok itu spesis ular. Saya maksudkan tidur-tidur ayam. Yaa yaa..saya tau yang awak tau orok-orok itu ular., saya tau awak suka menonton NatGeo kan?kan?Saja mahu memanjangkan karangan warkah ini.

Awak,
Saat ini, awak sudah hanyut dibuai mimpi. Oh lenanyaa tidur awak, saya pula tidak dapat tidur. Saat ini memikirkan awak.Awak tahu tak saya amat merindui awak??Walaupun kita duduk di negeri yang sama, kita amat jarang berjumpa. Adalah paling kerap 2 minggu sekali. Awak nun di hulu sana, saya pula nun di ceruk sini. Oh nasib baik sekarang masih lagi bulan Shawwal, dapatlah kita berjumpa sekerap seminggu sekali dengan alasan pergi beraya. Itu pun banyak saya dengar desas desus mengatakan kita ni tak boleh berenggang, asyik mahu berkepit saje. Betulkah awak?Ahhh..abaikan saje mulut manusia..Kita tak boleh mengawal apa yang mereka mahu katakann.

Awak yang sentiasa dekat dihati nun jauh dimata,
Tadi awak mengenang saat bibit-bibit cinta kita baru bermula. Awak bermain dengan kata-kata yang dulu membuatkan saya jadi tidak keruan mendengarnya. Indahkan waktu itu. Zaman dimana kita masih belum mengenali sepenuhnya antara satu sama lain. Saya tahu nama awak dan awak hanya tahu nama saya. Thats it. Tapi saat itu cukup indah sekali. Oh rindunya bila mendengar awak memanggil saya, bila awak menyusun ayat bila kita mula berbicara.Saya dapat rasa debaran awak, begitu juga jantung saya mula dapdipdub untuk menyambung bicara awak.Saya rindulah waktu itu...

Awak..
Baru 3 perenggan saya menaip surat ni, saya da mula rasa mengantuk.Err..boleh tak saya sambung lain hari???Hehehehe

Awak yang sudah tidur,
Sebelum saya tidur saya hanya nak awak tahu perasaan indah yang lahir saat dulu makin mekar sekarang. Bicara awak yang dulu bersepah-sepah makin teratur dan awak makin bijak menyusun kata. Jika dulu saya amat mesra bila awak memanggil saya 'awak', tapi sekarang saya rasa lebih dekat saat awak memanggil saya 'sayang'. Cukuplah kalau dahulu saya hanya mengetahui secebis kisah hidup awak, sudah mampu buat saya gembira sebab kini saya sudah menjadi sebahagian daripada hidup awakdan keluarga awak. Cukup indah sekali..

Ok. Itu saja warkah saya buat awak untuk kali ini.
Sebelum saya akhiri warkah saya ini, terimalah banner dan background blog ini yang diilhamkan oleh saya buat tatapan awak yang disayangi selalu.
Bakal teman tidurmu,




*Inspirasi ayat bunga-bunga yang tidak keterlaluan ini tercetus secara semulajdi. Harap maklum