Pages

My baby bump already...

Lilypie Pregnancy tickers

Monday 11 February 2013

Mee Ketam Seksyen 7, Shah Alam

Wahh..lama da tak mengomel-ngomel kat sini.. Kali ni Eyra nak update pasal craving atau dalam bahasa ibundanya mengidam. Hikss

Since pregnant, Eyra takde la mengidam yang pelik2. Cuma pernah terlintas sekali teringin sangat nak makan mi ketam kat Juru nun haa. Jauh x?? Hahahaha..
Tapi bila fikir balik agak mustahil nak ke Penang semata-mata mi ketam kan.. Alhamdulillah nak dijadikan cerita, dapat tahu tentang kewujudan sebuah restoran Mi Kari Ketam di Seksyen 7, Shah Alam. Wahh happy sangat lompat-lompat!!! Apelagi terus ajak hubby open table la kite!!

First time kami di restoran ni, kedai agak penuh. Kami pergi 3 keluarga with in-law & family my sis. Tapi agak mendukacitakan sebab ketam nipah & udang galah yang Eyra craving da habis!!! WOOOO YEMMM JII!! Agak sedih & terkilan, so kami pun hanya dapat bersantap ketam bunga je..

Craving is craving kannn?? Saya ajak hubby repeat lagi waktu cuti CNY supaya nanti dalam pantang takde la meleleh air liur kan..hiksss. Nyumnyum dan Alhamdulillah dapat jugakkk merasa ketam nipah & udang galah yang diidamkan. Isi ketam nipah ni sangat tak sameeee dengan ketam bunga biasa sebab tersangatlah manis ohoiiii..

Menu yang kami order ialah Mi Kari Ketam Nipah.. Sepatutnye uols bole request nak size S,M, L or XL. Kalo besaar lagi banyak isinyee.. Memang sedap yummyummyy.. Dan udang galah masak cili.. Terangkatt!!!!

Kalau uols nak tau, kedai ni takde air buah tau.. Sekadar air biasa dan laici tu adelah.. So jangan sedih kalau order fresh orange ke, tembikai ke apple ke takde yee.. Ihihih.. Dan dan kalau nak datang, makesure kene awal la. Restoran ni tutup pukul 10pm, kalau nasib tak baik macam kami ketam pun habis if datang agak lewat. Better uols call dulu lah before datang tu okayy!!

Lokasi kedai ni berdekatan dengan Unisel. Senang je nak cari.. Kalau uols nak tau lebih lanjut sila lawati blog mereka, http://meeketam.blogspot.com.
Oh btw, kedai ni pun ade 1 lagi cawangan di keramat.. Lebih details check di website mereka..

Total dinner kami RM40.40 untuk 2 orang;

2 ekor Ketam Nipah RM19.50
1 ekor Udang Galah RM9.50
2 Mi Kari RM8.00
2 Laici RM4.00
Ais Kosong RM0.40 barangkali :)

Dapat diskaun 40sen!! Rezeki ibu mengandung.. Hikss..





No comments:

Post a Comment