Pages

My baby bump already...

Lilypie Pregnancy tickers

Thursday 16 February 2012

Tips Baju Perkahwinan

Kring kring telefon berbunyi kring kring kringggg..

Hua..tadi Eyra baru je dapat call from Butik Regaltex. Cuak jugak dengar suara akak kite dari seberang di talian, ingatkan nak jual jamu. Hekkk nasib baik assumption I menyimpang jauh daripada topic perbualann yang sebenarnyee.. Ngeee.....

Call from butik tu nak inform my wedding reception dress is readyyyy!! Wauwiii tak saba nak pegi tengokk n fitting ngan Encik Tunang.. Seharian kat opisss haku exciteddd ni asik tersenyum sorang2 terbayang2 melaram baju reception tu kat kapet merah. Bluek perasan gile.. Miahahaha

Untuk tidak menghampakan peminat-peminat semua, bolehla Eyra update sket tema baju reception weols kan.hikkkss ayat nak kencang je kann..

Ok untuk dekorasi Majlis Resepsi, Eyra memilih tema warna merah.. Kaler peberet tauu.. Cuma untuk baju Eyra agak lari tema sket sebab nak bagi nampak kelainan yang agak terlampau. Agak pening nak mencari warna tema yang Eyra nak ni, memang satu-satu kedai pegi survey tak jupe langsung.. Ke Udaimatunnur dah, ke RinSuzana pun da memang tema kaler tak dapat dikesan. Selera ape la kau ni Eyra nak menyusahkan orang aje.hahahah..

Daripada nak pening-pening kepala dan melenguhkan otot-otot badan mencari tema yang pastinya tak kunjung tiba tu Eyra decide better tempah je, dapat tailor made design sendiri. Petronas tak idea I ni?ngehsss.. Cousin Encik Tunang reccomend kat weols pasal Butik Regaltex ni.. Daripada memilih fabric, design n segala-gala semua boleh wat kat butik ni.. Pasal harga Eyra rasa agak berbaloi sebab butik ni boleh custom made ikut design klien atau klien bole request design yang da ready kat butik ni. Bagi Eyra, harga average takdelah murah sangat tapi harap-harap hasilnya meletoplah kan.. Apa yang boleh Eyra share kat sini ialah rahsia ni tauuu... Shhhh.. Simply say harga baju kat sini agak murah dengan design2 yang alluring since butik ni yang provide fabric n materials. Normally, kalau butik yang purchase fabric kat kedai textile harga akan drop up to 50%. Haa terbeliak tak mate kau?!!! Kalau weols biasa beli lace price RM1000 butik boleh dapat dengan harga RM500? Yessss..dats the trickky part..

Ok kalau uols nak beli kain n hantar tempah ke tailor Eyra rasa keputusan tu paling tak bernas sebab disamping uols kene tanggung harga kos fabric yang agak mahal, nak kene tanggung kos tempah plak lagi. Tu baru nak tempah belum uols nak jahit manik la batu dan sebagainya. I experienced with my Baju Nikah Eyra rase agak tak berbaloi sebab one thing I spend so much for the fabric which almost riban (ribu la tu). N for the lace n satin (which they claim free utk perempuan n lelaki for baju melayu) eyra rasa agak tak berbaloi.

Ok contohla eh..uols pegi beli beaded lace kat textile shop. Paling kurang nak dapat beading yang meletup kos rm500++ kan kan...then dapatla free kain satin utk lining n baju melayu lelaki. Kan? Ok sambung..uols nak g tempah, design korang nak wat baju kurung moden. Eh tak jadikla korang tuka fikiran nak buat dress ala2 muslimah plak.. Alamak, kain satin plak tak sesuai wat dress, kene plak beli chiffon sebab flow die lagi cantik sebab uols konfom taknak nampak berisi or "penuh" bila pakai dress. Am i right?? Haaa... Ok stil in the track nak wat dress.. So survey la design baju yang sesuai untuk dress, tup tup minat design Rizalman, Hatta Dolmat, Ari Couture (macam I la jadik rambang mata) tengok design diorang perghhhh bukan main terkesima bak melihat bulan purnama.. Haaa.. Pastu mulela discuss ngn tailor nak mcm ni nak macam tu pastu tuptup rupanya baju ni wat patchwork, batu pearl kene jahit lain dan blabla.upah jahit baju lain, tambahan kain chiffon lain, jahit manik lain,patchwork lain, kain nak potong 2 3 4 dan sebagainye.. Nak menjahit lace tu plak bukan senang, beading yang da dijahit tu kene dibukak jahitan dulu kemudian potong n jahit kain mengikut design weols dan jahit balik beading tu ikut design asal kain. umang aihhh da bape kali kene cas..haaa pastu nak wat matching veil lain plak cas.. Aaaaaa... Ape perasaan korang?? Agak-agak membazir je dak beli kain tu?? Finally, back to planning asal wat jela baju kurung moden. Budget constraint..

See..kalau uols tak nak menyesal bila uols plan nak tempah baju tak kirelah for reception ke nikah ke better uols plan dulu. Kalau boleh draft design yang uols nak n dapatkan advice tailor dlu. Dapatkan jenis fabric yang sesuai bagi nak mengelakkan pembaziran. Kalau bole itemized semua jenis fabric dan kos kemudian kira total dan compare dengan harga baju yang da siap atau harga sewa.

Kalau rase tak berbaloi nak tempah atau ade budget constraint, better sewa je.. Lagi mudahkan?? Cuma bila sewa ni pilihan design yang ada agak terhad la. Buat survey di butik, consult dengan butik, bagitau design yang uols nak sebab sometimes ade butik yang akan custom made baju baru utk customer tappi tapiii bukan semua yee.. Yang penting bijak memilih dan membuat keputusan. Jangan sebab rambang mata buat keputusan melulu akhirnye yang akan rugi kita jugak.

Ingat, kehidupan selepas berkahwin tu lagi penting. Berbelanja ikut kemampuan dan buat perancangan.. Yoshhh bak kate orang matahari terbenam!!hihihi

*nota kaki; tak sabar nak tunggu wiken gi kelas make-up n fitting baju..weeeee

Wednesday 15 February 2012

Wedding Photgraphy - What do you think?

Assalamualaikum...

Fotografi...Rasenye service fotografi ialah service yang paling pentinggggg skali dalam sesebuah majlis perkahwinan kan? Ape la rasenye kalau majlis perkahwinan tanpa khidmat fotografer ye dak? Ade rasa teh o ais limau takde limau dak? Ngehsss

Cubalah bayangkan moment2 uols diijabjabulkan, berarak,bersanding n sebagainya.. Wahh so sweet kann?? Dan cuba bayangkan kalau moment-moment yang happy tu tak dapat digambarkan dengan hanya kata-kata je.cewahh... Bila uols selak balik album perkahwinan, sometimes perasaan teruja tu akan datang balik secara tak langsung.. Haaa seee betapa pentingnya peranan foto di hari bahagia uols kan..

Sepanjang pengalaman Eyra dan Encik Tunang menjalankan tugas sebagai fotografer rasmi atau pun kite shortformkan as OP (Official
Photographer) lah kan, boleh dikira hanya ada beberapa customer yang memberi layanan yang "Terbaik" lah kan untuk kitorang... Ada yang tak pedulik langsung, ada yang menambah job scope kami dengan kerja yang tak sepatotnya menjadi tugas kami dan ada yang susah memberi kerjasama dengan kami..

Pengantin semua.. Uols perlu faham sesuatu, iaitu pengantin adalah produk kepada OP.. Bermakna Pengantin adalah subjek yang perlu diberi perhatian. Selain daripada tugas OP untuk mendapatkan foto yang terbaik, disebalik itu pengantin mempunyai tugas yang lebih besar sebenarnya..

Untuk entry kali ni, Eyra akan share few requirements dan peranan Pengantin yang mampu membantu OP mendapatkan bukan sekadar foto yang menarik malah foto yang penuh dengan makna untuk uols tatap dengan anak cucu uols nanti

1. Kerjasama daripada pengantin adalah amat amat dituntut untuk memudahkan OP menjalankan tugas dan mendapatkan foto yang terbaik. Jadi penting sangat pengantin untuk menjiwai bersama-sama dengan OP yang bersusah payah mendapatkan shot yang terbaik. Berikan senyuman di hari bahagia anda, dan sentiasalah ready apabila OP menghalakan lensa kamera ke arah anda. Kalau nak gambar yang cantik, janganlah kedekut nak bagi senyuman paling manis dan romantisss kan. Confirm gambar-gambar uols akan nampak live. Cuba bayangkan kalau uols susah sgt nak senyum, pengantin straight face je memanjang dalam foto. Macam tak sesuai gitu kann..?? So uols boleh faham eh peranan pengantin disini....

2. Sepatotnya uols perlu tahu bahawa mood fotografer ni kadang-kadang tak menentu. Yelah seharian ni nak berdiri dan stand by untuk majlis uols. Eyra nak beri sikit tips la.. Seeloknya uols bagi layanan yang baik atau secara saintifiknye istimewa.. Haa nak istimewa camane tu?? Haa jgn tatau.. Cuba uols bayangkan uols berdiri sepanjang hari, sambil terkejar ke sana ke sini ape perasaannye kan? Penat takk?? Kalau kat kilang operator sume cakap barai la. Haaa.. Bukan XXXXX ye.tu perumpamaan jee.. Maksud Eyra bagi layanan istimewa tu cthnye macam uols better reservekan table utk fotografer makan supaya tak bercampur aduk dengan tetamu, providekan fotografer dengan drinking water, sentiasa update flow majlis supaya fotografer tak terpinga-pinga dengan aturan majlis. Sometimes ade jadi kes family members last minute akan tukar flow majlis. Fotografer ni da baik standby kat tempat lain n tatau acara majlis da ditukar. Akhirnye siapa yang dipersalahkan?? FOTOGRAFER jugak kann?? N family members akan salahkan OP. Tak baik tau macam tu. Mood OP pun da sedikit terjejas kan? Dan 1 lagi cubalah ajak-ajak OP makan dulu or minum-minum dulu.. Yelah macamane nak bekerja ye bila lapar dahaga. Uols pun faham majlis selalunya dibuat tengahari, waktu lunch. OP pun manusia biasa. Walaupun da breakfast pagi, tengahari sure akan lapar balik, yelah dah mengerah tenaga ingat senang ke nak cover the whole of your ceremony. Lainlah kalau OP uols da minum Redbull. Hee..

3. Ni pun 1 lagi point yang uols kene ambil berat. Penting sangat ke uols nak reservekan table untuk OP? VIP ke OP? Amboi demand nampak. Tapi dari side positifnya, cuba uols bayangkan.. OP akan standby sepanjang majlis. Dan biasanya bila ade waktu terluang atau pengantin perlu melayan tetamu waktu tulah masa yang ada untuk OP isi perut.. Bayangkan waktu tu penuh sesak dengan tetamu. Meja n space semua full. Agaknye kat manalah kan OP kita nak menjamu selera?? Katakan tiba-tiba uols nak bergambar dengan tetamu, bila dicari, OP tak dapat dikesan. Lagi sekali OP akan dipersalahkan. Tapi let say uols da providekan table paling dlhampir dengan pelamin dan reserve untuk OP, bukan kah mudah? Dalam OP tengah menjamu selera, atau meregang2kan otot dan uols tiba-tiba nak request OP untuk ambilkan gambar dengan rakan/tetamu, dengan senag uols boleh panggil dan OP akan sampai dengan cepat tak perlulah tercari-cari OP di tengah keramaian tetamu tu.

4. Lagi 1 sikap pengantin yang Eyra perhatikan ialah tak peka dengan flow majlis. Sepatotnya pengantin perlu amik
tahu tentang perjalanan majlis, tahu PIC yang telah dilantik untuk part tertentu. supaya mudah dan melancarkan majlis. Selalu terjadi, OP akan menjadi bidan terjun untuk menguruskan majlis. Eyra pernah experience menjadi runner untuk memanggil ahli keluarga untuk majlis menepung tawar. Apa tugas DJ/MC yang uols hire? Uols perlu faham OP mempunyai scope tugas mereka sendiri. Uols boleh fikir tak macamana uols nak kena panggil family & sedara mara individually and then kene shoot pulak dan panggil lagi dan seterusnya. Apa peranan DJ/MC?? Mereka dibayar untuk apa? Bukankah mereka mempunyai equipment yang berkuasa untuk membuat pengumuman. Di sini bukan salah MC/DJ sebaliknya pengantin/keluarga pengantin sendiri yang tidak menjalankan peranan mereka. Sebaiknya mengadakan perbincangan dengan pihak yang mengendalikan PA system tentang flow majlis supaya mudah untuk mereka mengawal susun atur majlis. Apabila
peranan tersebut tidak dapat dijalankan, ianya beralih kepada OP. Adakah OP dibayar untuk itu? Tidak kan? Adakah uos fikir itu membebankan OP? Ya..

5. Point terakhir yang Eyra nak highlight, just think to be happy n enjoy on your big day. Bila uols rasa enjoy, automatically expression semua akan nampak happy n its all natural. OP pun rasa layan je nak tembak uols bebanyak kali sampaikan OP sendiri yang terkorban nak melayan pengantin. Ehehehe..

Daripada apa yang Eyra nyatakan di atas ni, it just sensitivity yang perlu ada pada pengantin sebelum bertindak untuk hire OP. Selalunya bila ada kekurangan pada foto, kesalahan kebiasaannya ditujukan pada OP. Memang tidak adil. OP cuba memberikan hasil yang terbaik, memberi komitmen yang mantap tapi ta mendapat kerjasama yang baik daripada pihak pengantin sendiri.

Selalunya 1 je pesanan Eyra pada pengantin...
"Sewaktu kami bekerja mengambil foto di majlis uols, kami sebenarnya memberi value yang uols bayar pada kami, kami seperti deliver wang yang uols da spend untuk mendapatkan perkhidmatan kami. Its your decision to fully utilize the money if you want it worth and satisfy. We just need your cooperation. The rest will be good"

So pandai-pandai la nak fikir ye. Dan lagi satu kahwin kan seronok.. So takyah fikir apa.. Fikir SERONOK jelahhh di hari bahagia uols k!

*Nota Kaki;
Kepada pembaca entry yang baru berkahwin, Eyra nak ucapkan Selamat Pengantin Baru dan Semoga berkekalan hingga ke syurga. Kepada yang baru nak kahwin tu, jangan lupa singgah ke page AhEyRennzu manala tau uols nak survey service Wedding photography weols kan...heeee..


Sunday 12 February 2012

Baju oh baju

Assalamualaikum..

Hari ni mood tunggang langgang serabut sesak nafas sikit. Bukan sebab workload yang melampau atau stress dgn bisness apatah lagi bukan jugak sebab kelaparan yang tak terhingga (sebab da bedal mamak time lunch tadi) tapi sebab patah hati melihat design wedding dress yang melampaui batassan nafsu sayee.. Umppphh baju-baju ni MasyaAllah gojes terlampau. Kalau makan betik muda cicah kuah rojak pun tak se-ummmmphh baju-baju nii..

Nak cargas call butikkk hold dulu wat baju boleh takk??

*nota kaki; nak credit to all photo owner, photog yang mengambil gamba, designer n mua.nak credit one by one tak ingat dah sebab photo randomly taken je.yang mane ingat saye credit la ye;

1. Ika radiausite photo taken from her Instagram
2. Amy Amytouch photo taken from FB
3. Designer Ari Couture taken from FB
4. Sweet Maniac photo taken from
Instagram and the dress designer Fidz Studio
5. Kak Yan Jemari Butik photo taken from her FB

AND THE REST NOT MENTIONED HEREE... Sekarang Eyra nak lemassssssssss mengadap dedesign baju ni sume.ok tata babaiiii..

*drownnn trus!!