Pages

My baby bump already...

Lilypie Pregnancy tickers

Thursday 27 September 2012

Pregnancy Part #02 Folic Acid

Hai.. Assalamualaikum WBT!!

Today Eyra nak share tentang supplement di peringkat awal kandungan ataupun sewaktu first trimester.

Lepas je Eyra checkup pregnant first time di klinik, doctor ade bekalkan sejenis supplement FOLIC ACID pada Eyra. Itu saja, tiada ubat-ubatan tambahan cuma doctor advice ambil pil ni sehari sekali dan kalau boleh jangan skip.

Apa khasiat FOLIC ACID ni??
Daripada informasi yang Eyra dapat, supplement ni mengandungi khasiat tambahan buat ibu-ibu yang mengandung di peringkat awal untuk memberi zat dan khasiat yang membantu tumbesaran bayi. Contohnye zat besi yang amat penting untuk pembentukan sel darah merah, memandangkan ibu mengandung akan mula berkongsi zat bersama-sama dengan bayi. Bila si ibu da kurang da kurang zat, dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan ibu dan merencatkan pertumbuhan bayi. Haa kesian baby kan..?? Jadi kita sebagai ibu lah yang kene provide khasiat-khasiat kepada baby untuk baby membesar dengan sihat. Lagi satu, sewaktu first trimester ni ibu pula selalunga mengakami pelbagai alahan dan selera makan akan menurun jadi begitu jugak khasiat yang kita ambil semakin berkurang melalui makanan. Sebab itulah ibu amat digalakkan mengambil FOLIC ACID mengikut sukatan yang ditetapkan bagi memastikan khasiat buat bayi tidak berkurangan

Frankly apa yang Eyra experience dengan alahan sewaktu first trimester bukan saja alahan pada segala jenis makanan, malahan FOLIC ACID sekali. Kadang-kadang tu ter"skip" jugaklah sehari dua tiga empat lima hari sampai seminggu pun pernah heheheh.. Cuma Eyra akan pastikan Eyra makan dan minum susu supaya khasiat untuk baby tak terputus terus.

Nyumnyum sedap sangat FOLIC ACID ni!!

No comments:

Post a Comment