Pages

My baby bump already...

Lilypie Pregnancy tickers

Thursday 27 September 2012

Pregnancy Part #04 Tips Mak Bidan

Assalamualaikum WBT,

Semalam Eyra sempat luangkan masa melawat my bff yang baru melahirkan baby gugurl yang comel. Dan nak dijadikan cerita waktu Eyra sampai, bidan pun sampai nak mengurut my bff.

Bidan tu weols panggil opah je. Opah ni best sebab dia ringan mulut sharing knowledge mengenai pregnancy dan confinement sebab my bff kasitahu to Opah yang later Eyra plak bakal deliver baby. Opah tengok perut main teka dia cakap "Awak da 4 bulan ye?" Mantap betul Opahhh.. Hihihi..

Paling banyak Opah share mengenai Do's and Dont's during confinement;

1. Amalkan banyak makan LOBAK PUTIH untuk tambahkan susu badan . Opah ajar lobak putih tu buat sup dengan garlic yang dititik, ikan bilis dan sedikit garam. Pergh saya rasa sedap jugak ;)
2. Elakkan makanan berhalia dan black pepper waktu awal-awal pantang. Mungkin nak elakkan badan ibu panas kot??
3. Amalkan minum air suam-suam panas, dan jangan sentuh air sejuk sebab air suam bagus untuk merapatkan urat ibu.
4. Waktu ibu mula berpantang, waktu mula kita makan nasi sebaiknya makan nasi panas. Kemudian kepalkan nasi sebanyak 3 bijik dan mulakan makan nasi kepal tersebut tanpa lauk sebelum makan nasi yang lain bersama lauk. Ritual ni buat sekali je masa ibu mula makan hidangan pertama. Khasiat nasi kepal ialah baik untuk merepat dan menegangkan urat ibu kembali. Ahaaa I loike ;)
5. Ok ni 1 lagi,macam kelakar tapi ade kot sebab bersebab. Mama dilarang memakai bra, sebab dikhuatiri akan menyebabkan gangguan/ menghalang kelancaran susu untuk keluar. Jadi, cara yang paling sesuai ialah lipat napkin bentuk segitiga dan lipat beberapa kali menjadi segiempat. Kendian pakai as temporary bra. Haa camtu.. Kalau tatau sila lihat ilustrasi Eyra yang dilukis di bawah entry ni ye.hihi

Benda nampak simple je, kadang2 kita ni belasah je kan.. Tak tahu bende sesimple ni banyak kesan pada tubuh badan kite.

Setakat ni tu je yang saya ingat.. Maklumlah urat2 kembang darah tak banyak sampai ke otak mulalah cepat hilang ingatan.Hihihi

Jum sama-sama amalkan petua yang saya share ni. Mudah-mudahan mendapat manfaat. Heee

Pregnancy Part #03 Healthy Snacks

Assalamualaikum WBT,

Hai ibu, bakal ibu dan rakan-rakan semua..

Hari ni Eyra nak share sedikit tips pemakanan sihat buat amalan ibu-ibu sekalian. Memang susah nak diamalkan selalu, tapi kite cuba disiplinkan diri dengan perlahan-lahan cuba jadikan makanan ni sebagai snacks harian anda sewaktu pregnant ni ok?? I pun same suka makan junkfood n sweets sebab rasa makan tu lah yang paling sedap ditekak, tapi Eyra faham dan sedar keburukan junkfood ni pada baby dengan kandungan perisa dan MSG yang tinggi tu agak kurang meyakinkan.. So kat sini Eyra nak share sedikit nasihat daripada doctor;

First Trimester
Bagu ibu-ibu yang mengalami morning sickness yang teruk, makan apa tak boleh dan akan muntah balik semua makanan yang kita consume tu agak bahaya. Eyra experience time paling kritikal mengalami alahan ialah awal pagi dan lewat petang. Waktu tersebut kalau makan ape confirm semua akan keluar balik. Menurut nasihat doctor, ibu-ibu yang mengalami situasi seperti ini disarankan mengambil;

1. Secawan Milo panas
2. Telur separuh masak

Kenapa ya? Ok macam ni. Ibu akan kekurangan tenanga disebabkan kerap muntah, badan akan terasa penat kerana kandungan air dalam badan berkurangan. Waktu ini kalau ibu cuba makan pelbagai jenis makanan memang tak akan berhasil dan tiada guna kita berusaha mengambil makanan berkhasiat untuk zat tambahan baby sedangkan ibu sendiri lemah dan kekurangan khasiat. Sebaik-baiknya pilih waktu makan pada ketika paling kurang kekerapan muntah supaya makanan sempat dihadam dan membantu memulihkan tenaga ibu.

Bagi ibu-ibu yang normal dan tiada masalah alahan boleh mengambil pelbagai jenis makanan. Antara yang saya amalkan sebagai khasiat tambahan buat baby ialah;

1. Sup sayur bayam
2. Air ZamZam
3. Anmum Materna perisa Vanilla dan Coklat (kalau ada alahan pada vanilla bole consume perisa coklat, tapi Eyra alah pada kedua-dua perisa jadi Eyra tambahkan 3 scoop MILO setiap kali membancuh susu ini ;) )
4. Buah Delima
5. Air Soya (Biasanya Eyra akan tambah sedikit plain water untuk kurangkan rasa manis)
6. Air Kelapa
7. Kurma
8. Kismis (Lagi afdal kalau kismis yang dibacakan doa)
9. Apple Hijau
10. Oat

Amalan/tabiat Eyra yang kurang baik ialah Eyra gemar consume junkfood, sweets dan carbonated drink.. Jadi Eyra da buat keputusan untuk tinggalkan tabiat tu dan gantikan dengan stok-stok healthy snacks dalam kereta, handbag n bedroom. So sikit idea buat ibu-ibu;

1. Gantikan JUNKFOOD dengan HAZELNUT/PECAN
2. Gantikan SWEETS dengan KISMIS/KURMA
3. Gantikan CARBONATED DRINKS dengan YOGURT/CULTURED DRINKS

Setiap orang mungkin mempunyai amalan yang berbeza-beza, entry ini adalah sedikit info mengenai amalan pemakanan Eyra . Setiap orang juga mampu mendisiplinkan diri cuma perlu tanamkan semangat yang tinggi dalam diri ok!!



Pregnancy Part #02 Folic Acid

Hai.. Assalamualaikum WBT!!

Today Eyra nak share tentang supplement di peringkat awal kandungan ataupun sewaktu first trimester.

Lepas je Eyra checkup pregnant first time di klinik, doctor ade bekalkan sejenis supplement FOLIC ACID pada Eyra. Itu saja, tiada ubat-ubatan tambahan cuma doctor advice ambil pil ni sehari sekali dan kalau boleh jangan skip.

Apa khasiat FOLIC ACID ni??
Daripada informasi yang Eyra dapat, supplement ni mengandungi khasiat tambahan buat ibu-ibu yang mengandung di peringkat awal untuk memberi zat dan khasiat yang membantu tumbesaran bayi. Contohnye zat besi yang amat penting untuk pembentukan sel darah merah, memandangkan ibu mengandung akan mula berkongsi zat bersama-sama dengan bayi. Bila si ibu da kurang da kurang zat, dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan ibu dan merencatkan pertumbuhan bayi. Haa kesian baby kan..?? Jadi kita sebagai ibu lah yang kene provide khasiat-khasiat kepada baby untuk baby membesar dengan sihat. Lagi satu, sewaktu first trimester ni ibu pula selalunga mengakami pelbagai alahan dan selera makan akan menurun jadi begitu jugak khasiat yang kita ambil semakin berkurang melalui makanan. Sebab itulah ibu amat digalakkan mengambil FOLIC ACID mengikut sukatan yang ditetapkan bagi memastikan khasiat buat bayi tidak berkurangan

Frankly apa yang Eyra experience dengan alahan sewaktu first trimester bukan saja alahan pada segala jenis makanan, malahan FOLIC ACID sekali. Kadang-kadang tu ter"skip" jugaklah sehari dua tiga empat lima hari sampai seminggu pun pernah heheheh.. Cuma Eyra akan pastikan Eyra makan dan minum susu supaya khasiat untuk baby tak terputus terus.

Nyumnyum sedap sangat FOLIC ACID ni!!

Wednesday 5 September 2012

Pregnancy Part #01 Morning Sickness

Wow... Pejam celik pejam celik da usia baby dalam kandungan dah menjangkau 15 minggu.. Alhamdulillah, Eyra da melepasi fasa 1st Trimester dan kini di awal fasa 2nd Trimester pulak.

Ya Allah syukur teramat pada-Nya alahan yang Eyra alami semakin berkurangan dan sempatlah beraya sakan merasa macam-macam juadah walaupun dalam kuantiti yang terhad.

Eyra nak share sikit experience mengenai morning sickness ni. Memang dasyat giloss, selera makan langsung takde.. Yang adenya muntah dengan sakan sampai hilang tenaga nak berdiri. Kalau datang keje memang rasa nak melepak kat surau sebab dekat kalau nak muntah pastu bole la bareng sambil menggigil. Fuh terbaek...

Hampir ke penghujung Ramadhan, family advice Eyra buat check-up di hospital sebab keadaan tak beransur pulih. Mula-mula check-up di Klinik Kesihatan doktor request buat urin test. Hamik ko, memang badan Eyra dehydrated. Results test Ketone level dalam urine 4+ which is doktor claim memang tinggi dan kene drip la.. Hadoi fetame kali dalam sejarah hidup saya kene tahan di wad kecemasan. Nasib baik tak lama, masuk air dalam 2 pint jee.. Nasib baik tak masuk wad. Itu pun aku da gelisah merengek2 nak balik, nak mak. Ngengade kan..Kekekeke

Akhirnya doktor pesan Eyra tak dibenarkan meneruskan puasa demi kesihatan Eyra. Lagi plak gastrik sangat teruk. Dengan keputusan doktor tu, maka beraya awal seminggu la saye.hikkkss

Walaupun takde selera, Eyra gagahkan diri jugak ambil MILO untuk bagi sedikit tenaga. Dan nasi Eyra consume sikit demi sikit dengan kerap. Kalau rasa nak muntah, Eyra bancuh segelas SUNQUICK dan cuba habiskan slowly. Bila rasa loya je minum.. Lama-lama okay tau dan selera Eyra kembali ada.

Alhamdulillah Hari Raya pertama Eyra dapat jugak menjamah sepinggan lontong cuma Eyra elakkan makan lemang (ish nanti tambah angin tak boleh tau). Lama kelamaan selera makin meningkat dan berat pun bertambah.. Baby bump pun da memunculkan diri. HIKHIKSsss...