Pages

My baby bump already...

Lilypie Pregnancy tickers

Thursday 27 September 2012

Pregnancy Part #04 Tips Mak Bidan

Assalamualaikum WBT,

Semalam Eyra sempat luangkan masa melawat my bff yang baru melahirkan baby gugurl yang comel. Dan nak dijadikan cerita waktu Eyra sampai, bidan pun sampai nak mengurut my bff.

Bidan tu weols panggil opah je. Opah ni best sebab dia ringan mulut sharing knowledge mengenai pregnancy dan confinement sebab my bff kasitahu to Opah yang later Eyra plak bakal deliver baby. Opah tengok perut main teka dia cakap "Awak da 4 bulan ye?" Mantap betul Opahhh.. Hihihi..

Paling banyak Opah share mengenai Do's and Dont's during confinement;

1. Amalkan banyak makan LOBAK PUTIH untuk tambahkan susu badan . Opah ajar lobak putih tu buat sup dengan garlic yang dititik, ikan bilis dan sedikit garam. Pergh saya rasa sedap jugak ;)
2. Elakkan makanan berhalia dan black pepper waktu awal-awal pantang. Mungkin nak elakkan badan ibu panas kot??
3. Amalkan minum air suam-suam panas, dan jangan sentuh air sejuk sebab air suam bagus untuk merapatkan urat ibu.
4. Waktu ibu mula berpantang, waktu mula kita makan nasi sebaiknya makan nasi panas. Kemudian kepalkan nasi sebanyak 3 bijik dan mulakan makan nasi kepal tersebut tanpa lauk sebelum makan nasi yang lain bersama lauk. Ritual ni buat sekali je masa ibu mula makan hidangan pertama. Khasiat nasi kepal ialah baik untuk merepat dan menegangkan urat ibu kembali. Ahaaa I loike ;)
5. Ok ni 1 lagi,macam kelakar tapi ade kot sebab bersebab. Mama dilarang memakai bra, sebab dikhuatiri akan menyebabkan gangguan/ menghalang kelancaran susu untuk keluar. Jadi, cara yang paling sesuai ialah lipat napkin bentuk segitiga dan lipat beberapa kali menjadi segiempat. Kendian pakai as temporary bra. Haa camtu.. Kalau tatau sila lihat ilustrasi Eyra yang dilukis di bawah entry ni ye.hihi

Benda nampak simple je, kadang2 kita ni belasah je kan.. Tak tahu bende sesimple ni banyak kesan pada tubuh badan kite.

Setakat ni tu je yang saya ingat.. Maklumlah urat2 kembang darah tak banyak sampai ke otak mulalah cepat hilang ingatan.Hihihi

Jum sama-sama amalkan petua yang saya share ni. Mudah-mudahan mendapat manfaat. Heee

No comments:

Post a Comment