Pages

My baby bump already...

Lilypie Pregnancy tickers

Tuesday 23 August 2011

E-Day Ring

Countdown to my E-Day. Saya ada 8 hari lagi sebelum bergelar tunang kepada seseorang..hihihi..

Today I'm going to bebel about GOLD RINGGGGGG!!

"Do you love gold ladiess?"

Confirm sure jawapan uols sume "YEAHH I DO" an an ann?? Siapa lah dalan dunia ni yang tak suka gold kan??? Rugilah memang rugi. Tapi tak semua suka,am I right
Macam Eyra sendri, Eyra agak kurang minat dengan emas kuning sebab terasa seperti mami jarum plak.hehehe. So I prefer white gold which I see look very elegant and classy and simple and gojes and feminine and many more.. 

Normally untuk merisik,pihak lelaki akan hantar cincin belah rotan. Tahu tak simbolik cincin belah rotan ni?? Kalau mengikut keluarga belah Eyra,cincin merisik mestilah cincin tanpa batu diamond or zirkon or pearl or zamrud or kristal ape2 batu timbul la. Cincin tu mestilah plain atau engraved sahaja. Mengikut adat, jika cincin dengan batu timbul akan memberi petanda kurang buat pasangan tersebut. Haaa..jangan main2 yee.. Kalau ikut sejarah silam datuk nenek moyang untuk bertunang pun tak dibenarkan sama sekali cincin berbatu-batu tuu..

APEEEEEE??down macam niii!! Punya teringin cincin bertatahkan belian dan batu permata sebesar lesung batu tu sekali tak bolehhhh plakkk?? nehiiiiiiiiii appaa nehhiiiii

Nasib baik ada exception plak, if cincin dengan batu tanam dibolehkan. Eyra agak macam pelik di situ, so tanye la babah ape ke pasal ade adat yang cenggitu an an??

Babah cakap,
"Bila kakak da jadi tunangan orang, waktu tu akan jadi saat critical buat kakak dan pasangan. Waktu tu,akan ada macam2 dugaan and ujian. Ada sampai masa,kita akan rasa give-up dengan semua masalah yang datang"

Babah cakap lagi,
"Kalau kakak and enol memang dah ditakdirkan bersatu,korang akan kekal sampai ke jinjang pelamin. Ayah tak nak benda-benda tak baik jadi kat anak ayah dan bakal menantu ayah sebab kalau batu cincin tu tertanggal maksudnya hubungan kakak dan tunang tak panjang"

Ohh..macam tu..

Sebagai orang Melayu,jadik kenalah kita ikutkan adat tu. Kalau tak diikutkan, mak ayah pulak yang risaukan something bad akan jadi to us in future. Tak baiklah kan menyusahkan hati mak ayah. Jadi Eyra dan Noel sepakat memilih cincin emas putih dengan batu tanam untuk majlis kami nanti.

Untuk majlis merisik, Eyra terima sebentuk cincin emas putih from Noel. Agak terkezuttt sebab I tot it was just an engraved ring tapi yang dapat is with diamond tanam.. Ohh..terharu.. Rase sayang plak nak pakai masuk kilang pegang cat tapi mak cakap cincin tu da pakai tak boleh bukak..errkk

Ada beberapa perkara yang perlu diambil tahu sewaktu memilih cincin ni. Kadang- kadang tu nampak cincin tu diamond blingbling tapi price murah je, yang nampak simple dengan diamond seco-et plak harga mengalahkan kereta viva sebijik.kan??

Tips 1;
Paling penting untuk tahu batu ape yang terletak atas cincin tu. Ada macam-macam jenis batu tau,eyra pun pernah nampak cincin blingbling yang harga dia agak murah,eyra ingatkan diamond rupanya zirkon. So better confirmkan sales person dulu jenis batu. Yelah,dalam nak jimat pun boleh kene tipu. Paling selamat,requeat sales person tu test ketulenan batu tu. Yelah, nanti dia claim cincin tu is a diamOnd ring tapi sebenarnya bukan. Kan dah rugi??

Tips 2;
Tahu gred emas yang nak dibeli . Untuk emas putih, ada 2 gred which is 375 and 725. Gred 375 is cheaper than grade 725. So kalau nak budget,u still can go with the lower grade. Kalau ade budget lebih tu,bolehla pilih gred yang tinggi sket.hee..

*ohh,dulu eyra selalu dengar orang complaint white gold tu agak pricy. I dont think so,sebab yang pricy tu is the batu not the gold tauu!!

Tips 3;
Belilah gold time SALE please sebab harga time sale is homaiigodd murah gileee untuk mengelakkan bakal tunang anda pengsan on the spot di kedai emas tu. Heheh. For your info, harga emas yang sebetulbetulnya ialah nett price. Jadi kalau nak beli tu,pastikan tag price tu written with "NETT PRICE". Untuk tag without "NET PRICE" normally harga before discount. Tahu tak discount can be up to 70% ???? Kalau betul-betul berkenan, tunggulah sampai SALE n sementara menunggu SALE tu sila la drooling dulu yehh..

Where you can buy White Gold??

Mine is from Lazo Diamond and Habib Jewel.

Lazo Diamond they got lifetime warranty to change ur ring size at no cost. Best tak? So agak-agak bile tak muat jari tu boleh adjust sesuke hati bile2 mase di mane jua..hihi.

And Habib Jewel, like I told u earlier, is 70% discountt!! Suke tak??hihi


No comments:

Post a Comment