Pages

My baby bump already...

Lilypie Pregnancy tickers

Monday 25 October 2010

My splendid weekend with him


Nothing great than a moment with you! Ecehhhh~~

Last weekend Eyra dan Ahmed ada meeting SQ.. Macam biasa tak habis-habis meeting tergempar. Kunun-kunun je gempar, padahal meeting sekejap je, dating je lebih.
Huahahahrharhar~~
*eh korang tau tak ape menatang SQ tu?Kalau tatau klik SQ sini dulu

Hari Sabtu kitorang pergi cari material untuk shawl rufflesia untuk SQ. Design dah siap, jadi sekarang  masa untuk production plak. Macamane nak start production kalau material takde kan?? Eyra pulak dah start busy sebab sekarang dah kerja, jadi time untuk pergi cari stock sangat limit.Huhuhu~

Lepas tu murah rezeki sangat SQ sebab ada customer order custom made instant hijab. Ini first time Eyra buat custom made instant hijab ni, so nak cari material la. Puas cari merata-rata tempat sebab customer da pilih nak corak fabric ikut taste dia dan kaler pun dia decide, jadi task kali ni sangat-sangat mencabar laa wohhhhhhhhooo. Berkat kesabaran dan keazaman yang kuat si Eyra dan si Ahmed, last-last jumpa jugak material yang dicari-cari. Yeahh!!

Lepas tu kitorang pergi lunchhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..Aribaaribaaa!!
Mamak!!Cendol DUAA!!!

 

Layan jugaklah cendol ni. Cendol kat Seksyen18. Awesome..Ahmed ni dah dapat cendol memang tak hengat..Kalau tak sedap, dan-dan tu jugak die komplen. Tapi kalau sedap, tunduk tak Nampak muke..Macam nak menyelam dalam cendol tu..

Destinasi seterusnya nak pergi hantar shawl dekat tailor. Boleh tak on the way dalam kereta baru Eyra teringat yang shawl belum potong lagi!!
Bolehlah Boleh........
Wadde boleh Eyra.....?? Ini saat genting tahu takkk??Perkara begini tak boleh boleh bolehh..
Kelam kabut jugaklaaa.. Jadi sepantas kilat Eyra mengacukan muncung gunting dan terus melangsungkan kerja potong memotong dalam keretaa.. Bajet pro kejap =)

Ahmed paling banyak kerja ok walaupun tak mau diam dan asyik nak main.
Mula-mula dia tolong pegang kain, lepas tu kunun-kunun nak tolong gunting..Pastu bagi alasan rabun tak nampak, takde spec.. Pastu main-main,pasang lagu kuat-kuat (*nasib lagu sedap-sedap) lepas tu kena marah last-last kena lipat shawl.
Padan muka bwekbwek!

 
*Tengokk tu..kan kan dia main jeee..Eyra sorang potong kain..gerammmm!!

Siap urusan SQ untuk hari Sabtu..Kami jalan-jalan kat pasar malam. Eyra suggest kat Ahmed buat fotoshoot SQ dekat pasarmalam, baru gempak sikit, kasi up sket market. Huahuahuahua
Tahu tak ape respon Ahmed??
“Malu la sayang”
Erkk...rasanya yang nak posing Eyra, nape dia plak yang malu? Hohoho

1 hari je dating tak puas, sambung pulak hari Ahad.
Ekceli, hari Ahad tu just fotoshoot SQ je
Sekitar jam 4 petang kami pun bertemu di sebuah taman tasik
*lokasi dirahsiakan sebab series taman tu tak best!!

Fotoshoot di bawah matahari yang terik.. Bayangkan korangggggg..Azab tuhh..
Eyra bebel-bebel la sebab tak tahan panas kan. Nak pulak kena salin-salin tudung lagi.
Siriussssss....Menguji kewarasan.. Memang la asik gado-gado je ngan Ahmed
*Kitorang memang suka gado tau, tu hobi kitorang

Ohh..tiba-tiba Ahmed mengeluarkan rule of thumb fotografi die..
“Kalau ambik gambar bawah cahaya matahari cantik tau. Lighting natural lagi efektif nak kasi warna lebih glow dalam photo”

Ok. Eyra terus diam dan posing baik-baik dan dengar cakap encik fotof=grafer
*Nasib la Ahmed dapat klien macam Eyra, sabar jee..Kalau klien lain dia quit terus agaknye.tehehehehehe

Lepas siap fotoshoot SQ, giliran kitorang main-main pulak!!




**IKLANN**
Haaa..Shawl yang Eyra pakai kaler pink tu la Rufflesia Shawl from SQ. Noice tak? tapi time ni dah sepah-sepah sket shawl tu, sebab dok main jee, sengat benget jadinye.Hehehe. Ahmed kata suka sangat tengok Eyra pakai shawl tu, sebab Nampak sopan. Haa..memang Eyra design shawl ni untuk nampak sopan. Selain Nampak cantik, nampak jugak sopan, anggun menawan dan jelita dan elegan dan jelita dan menawan dan anggun dan sopan dan cantik.Hihi.. Shawl ni nak pakai pun ada cara dia tau..Kalau sesiapa yang berminat tu bolehlah melawat ke SQ..Nanti bila da siap shawl ni Eyra akan upload tutorial untuk pakai dia camane~~
* nampak kan kan budak kecik ni pun banyak main jugak!!
Hehehe

Pukul 7.00pm: Pulang!!
Byebye Sayang
See you next week pulak
Wuuu ;(

Saturday 23 October 2010

Ahey Top 10 Love Song Chart


# 10: Ahey Love Song



That's When by Aslyn Mitchell

Eyra got this song from a friend of mine during my study and touched by the song. This song was originally stored in my phone, but Ahmed accidentally heard this song when he uses my phone. Ahmed then stunned and swept up the bytes of the song that finally made this song our official theme love song for the first time!!
Yadaaayadaaa~~



Friday 22 October 2010

AhEy the Sesame Street


Waktu uols kecik-kecik dulu-dulu, biasa tak layan kids program Sesame Streett???
Eyra tak mainlah layan program tv yang main muppet-muppet ni kann. Tak ganas langsung. Kalau budak-budak yang tak matang layanlah progam-program camni. Layan thundercat la beb baru gempak!Tak pun Keluang man ke..Tak pun kalau nak cute sikit layan Doremon.
Huahahaha..
Entry kali ni bukan nak cerita pasal rancangan tv kanak-kanak kesukaan AhEy ye.
Sebenarnya, entry kali ni nak story pasal bulu mata. Ye eyelash, bukan bulu mata palsu..

Apa sebenarnya kaitan Sesame Street ni dengan AhEy?? And apa kaitan AhEy dengan bulu mata Sesame Street?Apa kaitan bulu mata dengan AhEy the Sesame Street?Eh terbelit-belit lidah nak nyebutnyee.hehehe

Jum tengok apa ada dengan SS
Memang sesuai untuk tontonan kanak-kanak yang tidak matang kan??
Tak hardcore langsung!huh!

Tahun lepas, 2009 friend of Eyra for the first time met Amed. First time jumpa Amed, my friend attracted to Amed punya bulu mata..She said that his eyelash cute macam Snuffleupagus one of the Sesame Street character. Owh..memang cute habis ok sebab bulu mata Snuffy straight macam rebonding. Dulu suka tengok SS ni sebab snuffy la dengan bulu die yang macam kapet tu .Paling suka tengok bila snuffy kelip-kelip mata, bulu mata die yang lebat tu turut beralun-alun..
Eh kate tak layan Sesame Street??Macamane boleh tau ni??Kekekeke

As for Eyra, recently kena tegur dengan my colleauge, and guess what she says?
"Eyra, your eyelashes look like Big Bird laa"

Hahaha..Boleh tak Eyra dan Amed disamakan dengan SS character??
Memang kuat lah jodoh kitorang
Eyra lepas dengar komen my colleague terus tersenyum dan teringat pada Amed yang bermata kuyu..

Honey if you noticed, a lot of things in our lives happen to be complementary contrast between the two of us. You complete my life. That is why I really love you


Errr..Kalau tak silap, Eyra rasa macam Big Bird tu ialah Dude bukan Missy kan?? Hohoho

The making of AhEy

Part I: First sight
Pada tahun 2005, May 09 lokasi di CR atau Cyber Remaja, KMPK(Matriks Perak)
Kisah bermula apabila Eyra mula menjejakkan kaki ke Cyber Remaja atau Cyber Cafe di Resource Center, KMPK.
Minggu itu, minggu pertama bermulanya sesi kuliah setelah tamat seminggu orientasi pelajar baru di KMPK. Untuk pengetahuan semua, Eyra baru pertama kali menetap di asrama. Waktu itu, hanya Eyra dan seorang lagi rakan lelaki daripada sekolah kami yang terpilih masuk ke KMPK. Disebabkan Eyra tiada pengalaman untuk bergaul dengan rakan-rakan baru, dan tiada rakan daripada sekolah Eyra yang boleh dijadikan teman maka Eyra keseorangan tinggal di sana. Maklumlah, kelas pun baru sahaja bermula, rakan-rakan di kuliah pun begitu ramai yang belum dikenali. Masih belum punya masa untuk berkenalan lebih rapat dengan mereka. Tambah pula Eyra memang agak pemalu untuk menegur orang yang tidak dikenali. Teman yang ada cuma rakan sebilik, tapi malang sekali kami berlainan kos.

Waktu terluang selepas kuliah, Eyra mengambil keputusan untuk bermain internet di Cyber Remaja (CR) sementara menunggu kuliah seterusnya bermula. Pada zaman ni, laman social yang paling meletop ialah Friendster. Waktu tu, Eyra baru je berjinak-jinak dengan Friendster ni. Sangatlah teruja dan seronok sebab boleh upload gambar, share status, komen-komen dengan kawan, view profile orang dan cari rakan lelaki dalam kalangan yang kacak-kacak..Paling best sebab waktu tu boleh hantar sms percuma ke handphone..Heee Biasalah, budak perempuan baru nak up kan.Hehehehe..
Dalam keterujaan mengadap computer, tiba-tiba Eyra terdengar satu suara garau-garau memanggil Eyra. Eyra toleh ke belakang dan ternampak 3 orang lelaki duduk sebaris di PC membelakangi Eyra. Salah seorang daripada lelaki tersebut ialah rakan yang baru Eyra kenal di KMPK. Lelaki ya, nama dia N..Eyra kenal die melalui rakan lelaki yang 1 sekolah dengan Eyra. Kira kenal bau-bau bacang je dengan N, just tau nama dia dan die budak fizikal. Handsome jugak, kulit gelap-gelap sikit. Mula-mula kenal dengan dia macam nak terjatuh hati tapi tak jadi sebab nanti curang dengan encik bf.Opssss...kantoi plak da ada bf..Ada bf, tapi gedik tetap gedik.Hehehe..Lagi sekali, biasalah budak perempuan baru nak up kan..
Sambung cerita balik..
Rupanya N memanggil Eyra sebab mahu bertanya mengenai website yang boleh menghantar sms ke telephone tu. Owwwwhh....kacang jee. .Eyra pun explainlah pada N tanpa menghiraukan kawan-kawan N yang lagi 2 orang tu yang mangkuk hayun tu.Setelah selesai bab terang menerang, Eyra pun sambung semula bermain computer. Selang beberapa minit, Eyra tedengar lagi nama Eyra dipanggil. Eyra terus toleh ke belakang memandang N, tapi N kusyuk mengadap computer. "Eh sape plak panggil aku ni? Ke perasan lebih je ni?"monolog Eyra sendirian di dalam hati..
"Awak, macamane awak boleh anta sms ke handphone guna website?Boleh ajar tak" Tiba-tiba seorang mangkuk hayun bersuara dengan wajahnya yang HANDSOMEE..."Eh eh ensemnye mamat niii!!Laaa...tak perasan pun tadii die dengan N..."Teruja sekejap bila terpandang kawan si N yang mangkuk hayun tu, sebab memang dia ensem macam Angelo Pangako Sayo, mempunyai cirit-cirit eh ciri-ciri lelaki idaman setiap wanita......Putih, ensem,kacak, bergaya dan sebagainyaaa.."Mak oi ensem gak mangkuk ni, ni nak terjatuh hati ni" perasan jap sorang-sorang dalam hati.

Dengan malu-malu sebab disapa oleh lelaki ensem yang mangkuk tu, Eyra pun menjawab soalan beliau yang tak diketahui nama tersebut. Oklah Eyra assume nama si Mangkuk ni A. Jeng jeng jeng....Excited terlebih dan curi-curi tengok rakan si mangkuk yang lagi sorang tuu.. mane la tau lagi ensem daripada A.Uiksss.. Sekali pandang tah pape si mangkuk yang lagi sorang ni, rambut panjang, bajet indie..Pastu hitam plak tu, muka nak emo. Sah sah mangkuk Emo. So not my tasteee....Ohhh..hatiku tetap cair pada si mangkuk Angelo.

Cukupla nak kutuk si mangkuk Emo tu. Tanpa mempedulikan Si Emo tu, Eyra terus hanyut dibuai perasaaan gedik terhadap A.Dalam hati Eyra da mula nyanyi lalalalaladabedabedudoremifasolatido bagai. Selesai mengajar si ensem tu, dengan tak semena-mena dia mengajak Eyra lunch sekali." OMG..Why is this happen to me?" Sudahla menegur, ajak lunch pulak tu. Guess what if you yang kene invite dengan mamat ensem, pegi lunch during your first meet, and both of you are totally stranger towards each other... Tak heaven kee??Mistilah HEAVENNNNNNNNNNNNNN kan....Tapi Eyra jual mahal, dan hanya senyum pada A, menunjukkan lesung pipit yang comel *perasan. Dalam hati ada jugak terdetik mungkin Cuma ajak-ajak ayam, mana mungkin mamat yang ensem macam A takde gf??Or mungkin dia sekadar nak flirt. je.Dalam hati Eyra cuba men-deny tentang perasaan indah yang terbuai-buai dalam sanubari..."Ah..tak payah layan la.." bisik Eyra dalam hati dan terus menyambung bermain computer

Jam sudah hampir pukul 12.00 tengahari. Eyra ada kuliah sekejap lagi dan sedang bersiap-siap untuk logoff daripada computer.Dan waktu Eyra berpusing saat mahu beredar, Eyra ternampak N, A dan mangkuk yang sorang lagi tu juga sedang berkemas-kemas mahu beredar. Ada kuliah juga barangkali
"Nazeyra, kejap lagi jangan lupa. Kita lunch sama ye", A menyapa aku dengan nama penuh sambil melangkah keluar daripada CR."Owh, mamat ni serius ke nak lunch sama dengan aku ni?Boleh percaya ke?Takkanlah baru jumpa sekali dah nak pergi lunch"Nak pergiiiii!!Tapii.......malulaaa". Eyra sekadar tersenyum tanpa membalas kerana N, A dan si mangkuk itu kelihatan tergesa-gesa dan A hanya memberi isyarat dengan melambai tangan kepada Eyra sebelum sempat Eyra memberi jawapan..
"Macamane nii..Nak pergi ke tak???Arghhhhhhhhhhhhhhh...". Eyra rasa buntu tapi dalam hati ada taman, suka jugak sebab A Nampak beria-ria mahu lunch bersama Eyra. Yeay~


♥♥Madah pujangga♥♥

Benar kata orang, bila hati sudah timbul rasa suka, lidah jadi kelu untuk berkata-kata



Adakah Eyra memilih untuk pergi lunch bersama A??Nantikan sambungan cerita di Part II


Thursday 21 October 2010

Saturday 16 October 2010

Babee..seronok betul la dapat spend time ngan u semalam n today..
I miss those old days waktu kita mule2 becinta dulu.Today n yesterday dapat rasa mcm dolu-dolu.Bestttt gilakkkkk laa....


Yang benar,

BIBAH




Tuesday 5 October 2010

The UGLY Bibah

LOVE AT FIRST NIGHT

I believe in this;
When you fall in love with someone at your first glance, and you have no guts to aprroach him/
her..
That's the sign that person you had fallen into is your TRUE LOVE

We have been experienced this 5 years ago!


Hi, I'm the ugly Eyra. My eyes squint and
he loves me no matter what.