Pages

My baby bump already...

Lilypie Pregnancy tickers

Friday 22 October 2010

The making of AhEy

Part I: First sight
Pada tahun 2005, May 09 lokasi di CR atau Cyber Remaja, KMPK(Matriks Perak)
Kisah bermula apabila Eyra mula menjejakkan kaki ke Cyber Remaja atau Cyber Cafe di Resource Center, KMPK.
Minggu itu, minggu pertama bermulanya sesi kuliah setelah tamat seminggu orientasi pelajar baru di KMPK. Untuk pengetahuan semua, Eyra baru pertama kali menetap di asrama. Waktu itu, hanya Eyra dan seorang lagi rakan lelaki daripada sekolah kami yang terpilih masuk ke KMPK. Disebabkan Eyra tiada pengalaman untuk bergaul dengan rakan-rakan baru, dan tiada rakan daripada sekolah Eyra yang boleh dijadikan teman maka Eyra keseorangan tinggal di sana. Maklumlah, kelas pun baru sahaja bermula, rakan-rakan di kuliah pun begitu ramai yang belum dikenali. Masih belum punya masa untuk berkenalan lebih rapat dengan mereka. Tambah pula Eyra memang agak pemalu untuk menegur orang yang tidak dikenali. Teman yang ada cuma rakan sebilik, tapi malang sekali kami berlainan kos.

Waktu terluang selepas kuliah, Eyra mengambil keputusan untuk bermain internet di Cyber Remaja (CR) sementara menunggu kuliah seterusnya bermula. Pada zaman ni, laman social yang paling meletop ialah Friendster. Waktu tu, Eyra baru je berjinak-jinak dengan Friendster ni. Sangatlah teruja dan seronok sebab boleh upload gambar, share status, komen-komen dengan kawan, view profile orang dan cari rakan lelaki dalam kalangan yang kacak-kacak..Paling best sebab waktu tu boleh hantar sms percuma ke handphone..Heee Biasalah, budak perempuan baru nak up kan.Hehehehe..
Dalam keterujaan mengadap computer, tiba-tiba Eyra terdengar satu suara garau-garau memanggil Eyra. Eyra toleh ke belakang dan ternampak 3 orang lelaki duduk sebaris di PC membelakangi Eyra. Salah seorang daripada lelaki tersebut ialah rakan yang baru Eyra kenal di KMPK. Lelaki ya, nama dia N..Eyra kenal die melalui rakan lelaki yang 1 sekolah dengan Eyra. Kira kenal bau-bau bacang je dengan N, just tau nama dia dan die budak fizikal. Handsome jugak, kulit gelap-gelap sikit. Mula-mula kenal dengan dia macam nak terjatuh hati tapi tak jadi sebab nanti curang dengan encik bf.Opssss...kantoi plak da ada bf..Ada bf, tapi gedik tetap gedik.Hehehe..Lagi sekali, biasalah budak perempuan baru nak up kan..
Sambung cerita balik..
Rupanya N memanggil Eyra sebab mahu bertanya mengenai website yang boleh menghantar sms ke telephone tu. Owwwwhh....kacang jee. .Eyra pun explainlah pada N tanpa menghiraukan kawan-kawan N yang lagi 2 orang tu yang mangkuk hayun tu.Setelah selesai bab terang menerang, Eyra pun sambung semula bermain computer. Selang beberapa minit, Eyra tedengar lagi nama Eyra dipanggil. Eyra terus toleh ke belakang memandang N, tapi N kusyuk mengadap computer. "Eh sape plak panggil aku ni? Ke perasan lebih je ni?"monolog Eyra sendirian di dalam hati..
"Awak, macamane awak boleh anta sms ke handphone guna website?Boleh ajar tak" Tiba-tiba seorang mangkuk hayun bersuara dengan wajahnya yang HANDSOMEE..."Eh eh ensemnye mamat niii!!Laaa...tak perasan pun tadii die dengan N..."Teruja sekejap bila terpandang kawan si N yang mangkuk hayun tu, sebab memang dia ensem macam Angelo Pangako Sayo, mempunyai cirit-cirit eh ciri-ciri lelaki idaman setiap wanita......Putih, ensem,kacak, bergaya dan sebagainyaaa.."Mak oi ensem gak mangkuk ni, ni nak terjatuh hati ni" perasan jap sorang-sorang dalam hati.

Dengan malu-malu sebab disapa oleh lelaki ensem yang mangkuk tu, Eyra pun menjawab soalan beliau yang tak diketahui nama tersebut. Oklah Eyra assume nama si Mangkuk ni A. Jeng jeng jeng....Excited terlebih dan curi-curi tengok rakan si mangkuk yang lagi sorang tuu.. mane la tau lagi ensem daripada A.Uiksss.. Sekali pandang tah pape si mangkuk yang lagi sorang ni, rambut panjang, bajet indie..Pastu hitam plak tu, muka nak emo. Sah sah mangkuk Emo. So not my tasteee....Ohhh..hatiku tetap cair pada si mangkuk Angelo.

Cukupla nak kutuk si mangkuk Emo tu. Tanpa mempedulikan Si Emo tu, Eyra terus hanyut dibuai perasaaan gedik terhadap A.Dalam hati Eyra da mula nyanyi lalalalaladabedabedudoremifasolatido bagai. Selesai mengajar si ensem tu, dengan tak semena-mena dia mengajak Eyra lunch sekali." OMG..Why is this happen to me?" Sudahla menegur, ajak lunch pulak tu. Guess what if you yang kene invite dengan mamat ensem, pegi lunch during your first meet, and both of you are totally stranger towards each other... Tak heaven kee??Mistilah HEAVENNNNNNNNNNNNNN kan....Tapi Eyra jual mahal, dan hanya senyum pada A, menunjukkan lesung pipit yang comel *perasan. Dalam hati ada jugak terdetik mungkin Cuma ajak-ajak ayam, mana mungkin mamat yang ensem macam A takde gf??Or mungkin dia sekadar nak flirt. je.Dalam hati Eyra cuba men-deny tentang perasaan indah yang terbuai-buai dalam sanubari..."Ah..tak payah layan la.." bisik Eyra dalam hati dan terus menyambung bermain computer

Jam sudah hampir pukul 12.00 tengahari. Eyra ada kuliah sekejap lagi dan sedang bersiap-siap untuk logoff daripada computer.Dan waktu Eyra berpusing saat mahu beredar, Eyra ternampak N, A dan mangkuk yang sorang lagi tu juga sedang berkemas-kemas mahu beredar. Ada kuliah juga barangkali
"Nazeyra, kejap lagi jangan lupa. Kita lunch sama ye", A menyapa aku dengan nama penuh sambil melangkah keluar daripada CR."Owh, mamat ni serius ke nak lunch sama dengan aku ni?Boleh percaya ke?Takkanlah baru jumpa sekali dah nak pergi lunch"Nak pergiiiii!!Tapii.......malulaaa". Eyra sekadar tersenyum tanpa membalas kerana N, A dan si mangkuk itu kelihatan tergesa-gesa dan A hanya memberi isyarat dengan melambai tangan kepada Eyra sebelum sempat Eyra memberi jawapan..
"Macamane nii..Nak pergi ke tak???Arghhhhhhhhhhhhhhh...". Eyra rasa buntu tapi dalam hati ada taman, suka jugak sebab A Nampak beria-ria mahu lunch bersama Eyra. Yeay~


♥♥Madah pujangga♥♥

Benar kata orang, bila hati sudah timbul rasa suka, lidah jadi kelu untuk berkata-kata



Adakah Eyra memilih untuk pergi lunch bersama A??Nantikan sambungan cerita di Part II


5 comments: