Pages

My baby bump already...

Lilypie Pregnancy tickers

Thursday 27 September 2012

Pregnancy Part #03 Healthy Snacks

Assalamualaikum WBT,

Hai ibu, bakal ibu dan rakan-rakan semua..

Hari ni Eyra nak share sedikit tips pemakanan sihat buat amalan ibu-ibu sekalian. Memang susah nak diamalkan selalu, tapi kite cuba disiplinkan diri dengan perlahan-lahan cuba jadikan makanan ni sebagai snacks harian anda sewaktu pregnant ni ok?? I pun same suka makan junkfood n sweets sebab rasa makan tu lah yang paling sedap ditekak, tapi Eyra faham dan sedar keburukan junkfood ni pada baby dengan kandungan perisa dan MSG yang tinggi tu agak kurang meyakinkan.. So kat sini Eyra nak share sedikit nasihat daripada doctor;

First Trimester
Bagu ibu-ibu yang mengalami morning sickness yang teruk, makan apa tak boleh dan akan muntah balik semua makanan yang kita consume tu agak bahaya. Eyra experience time paling kritikal mengalami alahan ialah awal pagi dan lewat petang. Waktu tersebut kalau makan ape confirm semua akan keluar balik. Menurut nasihat doctor, ibu-ibu yang mengalami situasi seperti ini disarankan mengambil;

1. Secawan Milo panas
2. Telur separuh masak

Kenapa ya? Ok macam ni. Ibu akan kekurangan tenanga disebabkan kerap muntah, badan akan terasa penat kerana kandungan air dalam badan berkurangan. Waktu ini kalau ibu cuba makan pelbagai jenis makanan memang tak akan berhasil dan tiada guna kita berusaha mengambil makanan berkhasiat untuk zat tambahan baby sedangkan ibu sendiri lemah dan kekurangan khasiat. Sebaik-baiknya pilih waktu makan pada ketika paling kurang kekerapan muntah supaya makanan sempat dihadam dan membantu memulihkan tenaga ibu.

Bagi ibu-ibu yang normal dan tiada masalah alahan boleh mengambil pelbagai jenis makanan. Antara yang saya amalkan sebagai khasiat tambahan buat baby ialah;

1. Sup sayur bayam
2. Air ZamZam
3. Anmum Materna perisa Vanilla dan Coklat (kalau ada alahan pada vanilla bole consume perisa coklat, tapi Eyra alah pada kedua-dua perisa jadi Eyra tambahkan 3 scoop MILO setiap kali membancuh susu ini ;) )
4. Buah Delima
5. Air Soya (Biasanya Eyra akan tambah sedikit plain water untuk kurangkan rasa manis)
6. Air Kelapa
7. Kurma
8. Kismis (Lagi afdal kalau kismis yang dibacakan doa)
9. Apple Hijau
10. Oat

Amalan/tabiat Eyra yang kurang baik ialah Eyra gemar consume junkfood, sweets dan carbonated drink.. Jadi Eyra da buat keputusan untuk tinggalkan tabiat tu dan gantikan dengan stok-stok healthy snacks dalam kereta, handbag n bedroom. So sikit idea buat ibu-ibu;

1. Gantikan JUNKFOOD dengan HAZELNUT/PECAN
2. Gantikan SWEETS dengan KISMIS/KURMA
3. Gantikan CARBONATED DRINKS dengan YOGURT/CULTURED DRINKS

Setiap orang mungkin mempunyai amalan yang berbeza-beza, entry ini adalah sedikit info mengenai amalan pemakanan Eyra . Setiap orang juga mampu mendisiplinkan diri cuma perlu tanamkan semangat yang tinggi dalam diri ok!!



No comments:

Post a Comment