Pages

My baby bump already...

Lilypie Pregnancy tickers

Monday 5 November 2012

Pregnancy Part #06 Stretchmark

Assalamualaikum WBT,

Stretchmark atau nama saintifiknye dalam bahasa Melayu, Selulit.

Eyra risauuu woooo if selulit ni ade. Yelah,mesti kite down kan tengok kulit ada yang tak kena di sana di sini..

Ohoi...

Sedikit research yang Eyra buat melalui website selulit ni disebabkan oleh kulit yang meregang dan kelembapan yang kurang menyebabkan stretchmark timbul. Jadi untuk menghindarkan kesan-kesan stretchmark ni kite hendaklah selalu memastikan agar kelembapan bahagian kulit kita terutama di bahagian perut cukup kadar lembapannya. Banyak produk yang bole memberikan kelembapan kepada kulit, dalam bentik losyen dan minyak. Selain tu, kulit yang menegang juga perlukan vitamin tambahan seperti Vitamin E & Collagen.
Jadi untuk lebih yakin, pilih produk yang mengandungi vitamin-vitamin tambahan sebagai keperluan kulit kita.

Cara Eyra menjaga kulit daripada kemunculan stretchmark ni ialah dengan mengamalkan mandi air suam dan menggunakan mandian yang mengandungi pelembap beserta pelembap dan scrub. Bukan susah nak mandi air suam no. Tak perlu ada water bath heater kat rumah. Eyra just panaskan air dalam 1 water heater & sebaldi air. Cuma kene agak rajin sikit lah kan.. Hehehe. Tujuan menggunakan air suam supaya dapat membuka liang pori kulit dan scrub supaya dapat membersih kulit daripada sel kulit mati,daki,kotoran sehingga ke kawasan liang pori yang terbuka. Apabila liang pori bersih, barulah pelembap dapat disapukan dengan lebih efektif & efisyen untuk memberi kelembapan kepada kulit kita. Seeloknya pelembap dipakai sebaik selepas mandi kerana kulit masih segar dan bebas daripada kotoran..

Di sini Eyra kongsikan beberapa jenis produk yang digunakan;

1. Mandian DOVE Gentle Exfoliating - Nourishing Body Wash

2. Concentrated Olive Oil Minsyam

3. Palmer's Cocoa Butter Massage Cream & Lotion for Stretch Mark

4. Tambahan: Kapsul Zaitun Minsyam

Eyra lebih prefer gunakan Olive Oil daripada losyen/krim sebab kelembapan minyak zaitun ni lagi tinggi. Alhamdulillah sehingga masuk minggu ke-33 kesan stretchmark tak muncul. Dan mula muncul selepas itu, tetapi Alhamdulillah bukanlah dalam keadaan yang teruk. Untuk pengetahuan uols, strechmark tetap akan muncul cuma kita ambil inisiatif untuk mengurangkan kadar kemunculan supaya tak nampak agak teruk.. Kita hanya merancang, Allah SWT yang menentukan.. Sesiapa yang nak cuba bolehlah amalkan tips yang Eyra share ni ok.. Dan bila stretchmark tu dah muncul, jangan terus stop hokay.. Amalkan sehingga selepas bersalin. InsyaAllah kesan tu akan pudar dan semakin pudar..

XOXO












No comments:

Post a Comment